Apa itu dadah?
- Dadah
adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.
- Sebagai
contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.
- Sesetengah
dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.
Dadah/bahan tersebut termasuk :
1- Al kohol
2- Ubat tidur
3-Ganja
4-Gam
5_Extacy
6-LSD
7-Heroin
Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?
Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas
tujuan perubatan.
Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun
menghadapi masalah semasa menggunakannya.
Apakah itu toleran?
Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah
dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama.
Apakah itu pergantungan?
Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini
termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat
harian.
Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?
Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung
kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan
dari mengalami gian.
Apakah itu gian?
Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana
tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin
berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku.
Gejala ini termasuk:
- Rindu
- Menguap
(sangap)
- Mata
dan hidung berair
- Sakit
badan
- Sakit
perut
- Seram
sejuk
- Cirit
birit
Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?
Dadah yang disalahgunakan.
- Kumpulan
Narkotik :
- Candu/Opium
- Morfin/Morphine
- Heroin
- Kodein/Codeine
- Perangsang/Stimulants
or ‘speeds’ :
- Ekstasi
- Amfitamin/Amphetamin
- Kokain
- Hallucinogens
:
- LSD
- PCP
atau “angel dust”
- Inhalants
:
- Aerosol
- Gam
- Marijuana
/ Cannabis :
- Grass
- Ganja
- Hashish
Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah :
- Gagal
melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.
- Meneruskan
tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang
timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.
Apakah tanda – tanda yang biasa diperkatakan bahawa
seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :
- Ponteng
sekolah
- Disiplin
menurun
- Tercicir
dari persekolahan
- Mengasingkan
diri dari murid lain
- Selalu
mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah
bangunan dsb)
- Menunjukkan
perubahan sikap dan kelakuan
- Penampilan
wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
- Hilang
selera makan
- Berat
badan menurun
Penagih
dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
- Mata
merah
- Bekas
suntikan di lengan
- Suka
berhutang
- Mencuri
barang yang mudah dijual
Mengapa
penagih dadah perlu rawatan?
Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan :
- Simptom-simptom
yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan
- Masalah
sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah
- Mengesan
dan merawat penyakit yang boleh dihidapi melalui perkongsian jarum seperti
HIV dan Hepatitis B dan C
Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?
Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :
- Kaunselling
- Detoksifikasi
- Pemulihan
Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk
membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.
Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi
mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?
- Berbincang
dengan :
- Ibu
bapa
- Guru
kaunseling
- Guru
- Kawan/sahabat
yang dipercayai
- Kaunseling
/pembimbing rakan sebaya (PRS)
- Doktor
- Kumpulan
penyokong
- Pegawai
Kebajikan Masyarakat
- Pegawai pemulihan (Agensi Dadah
Kebangsaan)
Bagaimana
seseorang itu mencegah dari menagih dadah?
1. Lengkapkan diri anda dengan
pengetahuan dan sikap yang baik
- Mengenali
jenis dadah yang menyebabkan ketagihan
2. Hadapi tekanan rakan sebaya
dengan berkesan
- Bertindak
tegas
- Belajar bagaimana untuk berkata
“TIDAK”
3. Kendali masalah anda dengan
berkesan
- Belajar
bagaimana menyelesaikan masalah
- Minta bantuan orang dewasa yang
anda percayai
4. Peka dengan persekitaran
anda
- Memahami
bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru
- Pilih
kawan yang baik
- Elakkan
keadaan dan persekitaran yang berisiko
0 Comments