Tarikh : 23/2/2025
PROGRAM : LIMA MINIT PPDA
Guru Penyampai Maklumat:
Mohd Saiful Zalizan Bin Mohamed Salleh
Program lima minit PPDa ialah program menyampaikan maklumat kepada pelajar dan warga sekolah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. Ia bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah seluruh negara yang di sambut pada 19 Februari.
Program di mulakan dengan guru memberi pengetahuan tentang Hari Anti Dadah yang telah di tetapkan pada 19 Februari setiap tahun bermula 1983 kepada pelajar. Pada era tahun 80 an, Malaysia menghadapi masalah dadah yang kritikal. Kerana itulah kerajaan telah mengambil suatu hari iaitu 19 Feb untuk menyatakan kempen memerangi dadah.
Makluman di sampaikan lagi dengan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang penubuhan PPDa di sekolah rentetan dari usaha tersebut. Kerajaan meluakan lagi makluman tentang bahaya dadah di peringkat sekolah dengan melibatkan penyampaian makluman kepada guru, kakitangan dan murid.
Makluman di teruskan lagi dengan menyatakan jenis jenis item yang di kategorikan sebagai dadah dari sutut undang undang.
0 Comments