LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah
mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini Kementerian
Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah,
dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di
sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama :
1.
Pengurusan dan kepimpinan
2.
Kurikulum
3.
Kokurikulum
4.
Pembentukan sahsiah
MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah
di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada
murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka
menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan
sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.
RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari
ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah.
Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis
dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan
murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat.
Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau
ringkasnya PROSIDAR.
OBJEKTIF
· Meningkatkan pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan
dadah.
· Membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
· Membolehkan murid membentuk
budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
· Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
pRINSIP
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
· Semua sekolah rendah dan
menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
· Pendidikan pencegahan dadah
adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.
· Pengetahuan, kemahiran,
nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah
selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
· Pendekatan yang digunakan
hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
· Pendidikan Pencegahan Dadah
adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
· Program Pendidikan
Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.
0 Comments