PROGRAM 5 MINIT

 PROGRAM MESEJ 5 MINIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH (PPDa) TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid (PPDa), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan memandang serius terhadap ancaman dadah, rokok, rokok elektronik atau vape dan alkohol dalam kalangan murid sekolah.

  2. Sehubungan itu, sempena Hari Antidadah Kebangsaan yang ditetapkan pada 19 Februari setiap tahun dengan visi ‘Sekolah Bebas Dadah’, pihak sekolah diwajibkan untuk merancang aktiviti sempena Program Mesej 5 Minit yang perlu diadakan setiap minggu bermula 23 Februari 2025 bagi memastikan murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kesedaran terhadap bahaya bahan terlarang yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berupaya menjauhkan diri dari perkara-perkara tersebut.

  3. Oleh yang demikian, pihak tuan boleh untuk memastikan program ini dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing. Sebagai panduan, sekolah boleh merujuk bahan di pautan https://shorturl.at/5n8kv dan laporan program yang hendaklah dihantar melalui pautan https://forms.gle/NWarFean5wgBMaim7 secara mingguan oleh selia pegawai pendidikan daerah masing-masing.

  4. Sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan En. Mohd Nasrul Safwan bin Zaukafali di talian 019-4557838 atau Pn. Mashayu binti Mohamed di talian 011-55011257 (Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid (PPDa), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan).

Kerjasama dan sokongan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

It is a pleasure to be informed that the Student Affairs Unit (PPDA), the Kelantan State Department of Education is serious about the threat of drugs, cigarettes, electronic or vape and alcohol among school students.

Post a Comment

0 Comments